Friday, September 25, 2009

Tabiat Merokok Bukan Budaya Kita

Marcapada ini,terdapat satu gejala negatif yang semakin bermaharajalela dalam kalangan kita terutamanya dalam kalangan remaja.Gejala yang dimaksudkan ini ialah amalan merokok dalam kalang remaja.Malah dari sehari ke sehari,"penyakit kronik" ini telah nenjadi semakin nazak.Gejala ini sudah sampai ke tahap yang seolah-olah tiada tanda noktah.Fenomena ini kian hari kian meruncing dan sering meniti di bibir masyarakat.Meskipun rokokn mendatangkan pelbagai penyakit dan kempen-kempen yang dilancarkan secara agresif untuk mendedahkan keburukan merokok tetapi kadar penghisap rokok di Malaysia masih tidak berkurangan.Walauapapun strategi yang dilakukan,masyarakat kita khususnya golongan remaja masih belum mendapat kesedaran sepenuhnya untuk menjauhi tabiat merokok.^-^

bak kata pepatah"tiada angin masakan pokok bergoyang".Setiap masalah berlaku pastinya ada penyebabnya.Apakah faktor yang mendorong remaja terjebak ke dalam lembah rokok ini?Terdapat banyak punca yang boleh menyeret seseorang ke dalam lembah ini.Tidak dapat dinafikan bahawa kemelut ini berlaku kerana mereka mengikut jejak kerenah negatif kawan mereka yang bersifat seperti kacang hantu.Rakan merekalah yang selalu berjinak-jinak dengan rokok.Sejajar dengan itu golongan remaja hari ini terlalu ghairah untuk meniru cara hidup Barat yang berunsur subversif.Kebanyakan remaja berasa megah apabila berambut punk,berpakaian selekah,berfoya-foya di taman hiburan,bergaul bebas tanpa batas,merokok,dan mengamalkan sahsiah yang tidak sopan.Selain itu,remaja pada zaman ini mudah mengikut hati muda mereka yang masih belum matang dan suka mencuba sesuatu yang baru seperti merokok.^-^

Mutakhir ini,masalah merokok dalam kalangan remaja semakin hangatan diperkatakan.Setiap penyakit ada penawarnya,setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Jika masalah ini tidak dibendung di peringkat awal,sudah tentu masalah ini akan melarat dan membawa kepada masalah yang lebih besar,dan sukar diselesaikan seperti"angin berputar,ombak bersambung".Oleh itu,kita hendaklah mengorak langkah yang proaktif dan efisien untuk membendung gejala ini daripada terus barmaharajalela dalam kalangan masyarakat.Bak kata pepatah"di mana anjing menyalak,di situlah biawak memanjat.Oleh itu,kita hendaklah mengenalpasti akar umbi yang menjadi faktor utama yang menyebabkan fenomena ini semakin menular.Dalam mengekang kemelut ini,ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali."Bapa borek,anak rintik",ibu bapa hendaklahberperanan menjadi "role model" dengan mengamalkan tabiat yang baik seperti tidak merokok di depan anak-anak mereka kerana seperti yang diperkatakan dalam pepatah"bagaimana acuan,begitulah kuihnya".

Selari dengan itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk nenjelaskan kapada anak-anak mereka tentang peri bahayanya jika merokok.Jika seseorang merokok,individu tersebut akan mudah menjangkiti paru-paru dan kanser.Tindakan tersebut hendaklah dilakukan lebih-lebih lagi sejak kecil lagi,kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Seperti yang kita ketahui,anak-anak ibarat kain putih,maka ibu bapalah yang berkomitmen menentukan coraknya,sama ada tetap putih atau terpahit warna hitam.Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan guru yang pertama yang banyak mempengaruhi perkembangan mental,emosi,sahsiah,dan sosial anak-anak.Ibu bapa juga perlulah menjalani aktiviti pemantauan.mereka hendaklah memantau pergerakan anak-anak mereka.Contahnya tempat-tempat yang sering dikunjungi seperti kafe siber.Ibu bapa mestilah mengetahui rakan sebaya mereka sama ada rakan yang berakhlak rendah ataupun modal insan.Hal ini,dapat menghindarkan anak-anak mereka daripada berpelesiran di luar tanpa kawalan ibu bapa.Sudah tentu tindakan ini dapat mematahkan kecenderungan remaja ke arah budaya hedonisme.Menang tidak dinafikan bahawa remaja yang merokok disebabkan oleh ibu bapa mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan terlalu ghairah mengejar harta dunia.Mereka yang bekerja terang-terang tanah hingga samar muka kerana pendapatan mereka hanya kais pagi makan pagi.kais petang makan petang.Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tersisih dan terabai,dan tidakn dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa serta menyebabkan mereka terjerumus dalam pelbagai masalah sosial yang membantut kecemerlangan mereka.Oleh itu,ibu bapa hendaklah maluangkan masa untuk mendidik mereka dengan sepenuhnya kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.

Sehubungan itu,jika hanya bergantung kapada usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memerangi golongan remaja yang mengamalkan tabiat merokok,sudah tentu hal ini tidak bolah dibanteras sepenuhnya.Bak kata papatah"air tawar secawan dituang ke laut tidak akan dapat menghilangkan rasa masinnya"Oleh itu,kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membasmi kegiatan merokok dalam kalangan remaja.Pertama sekali,kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang.Sesiapa yang didapati menjual rokok kepada remaja yang berumur 18tahun ke bawah mestilah dihukum.Peniaga seperti ini semata-mata untuk mengaut keuntungan dan bersikap"enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing".Hukuman yang setimpal hendaklah dilaksanakan terhadap golongan peniaga yang tidak beretika.Tambahan pula,hukuman juga tidak harus memilih bulu,yang bersalah tetap bersalah,tidak kiralah sama ada mereka ialah individu yang dihormati atau sebaliknya.Seterusnya,kerajaan juga hendaklah sering mengadakan kempen.Kempen"Tak Nak" yang dilaung-laungkan oleh kerajaan jelas memerlukan iltizam dan komitmen rakyat untuk menjayakan.Oleh itu,sebagai anak Malaysia,kita harus sama-sama menyahut seruan kerajaan.Kempen yang dilaksanakan tidak harusnya seperti melepaskan batuk di tangga dan hendaklah berterusan.Bak kata pepatah"alang-alang mandi biar basah".

Di samping itu,usaha yang dilaksanakan oleh sekolah juga tidak harus dipandang rendah.Hal ini kerana sekolah merupakan pusat pembentukan disiplin murid-murid.Sekolah hendaklah kelak mengadakan ceramah.Hal ini akan mendedahkan betapa bahayanya jika mengamalkan tabiat merokok.Tambahan pula,guru-guru merupakan ejen pembentuk disiplin murni dalam kalanga pelajar.Guru seumpamanya sebatang lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain.Guru-guru perlulah menjelaskan implikasinya jika merokok dan menasihati pelajar-pelajar supaya tidak merokok.Selain itu didikan agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menyekat golongan remaja daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar.Ramai berpendapat bahawa didikan agama dapat menangani masalah tersebut kerana semua agama menolak sesuatu yang menjijik.Sehubungan dengan itu,remaja sendiri haruslah berhati-hati dalam pergaulan.Pemilihan kawan yang baik mampu menghindarkan remaja daripada terjebak dalam masalah merokok.Bak kata pepatah"yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan".

Kesimpulannya sanggupkah kita terus melihat peneraju negara yang berkaliber terus terjerumus dalam lembah maksiat ini?Sanggupkah kita melihat mereka mencalarkan sinar kebahagian yang telah pasti?Tidak!Sekarang bukan masanya untuk saling menuduh atau berseminar sahaja.Sekarang ialah masanya untuk mengambil tindakan segera agar kemelut ini tidak menjadi semakin kritikal.Bak kata pepatah"bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat".Oleh itu,kita haruslah menggembleng tenaga untuk mencegah gejala ini daripada terus menular.Hal ini mengharapkan mereka yang sesat di hujung jalan,kembali ke pangkal jalan agar mereka tidak sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna."Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".Tepuk dada tanya selera.
^-^